DAPATAN KAJIAN
Dapatan kaijan dari soal selidik
Melalui
kajian ini soal selidik telah diedarkan kepada para responden yang merupakan
pelanggan tetap pasar malam Bandar Baru Beris Jaya untuk mendapatkan maklum
balas yang boleh memenuhi objektif kajian..
Menurut Tuckman (1985), menerusi kaedah ini responden mudah memberikan
kerjasama. Pelbagai maklum balas yang baik diperolehi dari responden kerana
mereka dapat memberi pandangan dan penilaian smengikut kehendak dari soalan soal selidik. Melalui kajian
ini.soal selidik merupakan insrtumen oleh penyelidik dimana kaijan ini
mempunyai beberapa item dari objektif kajian. Dalam borang selidik yang
disediakan terdapat bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A reponden
dikehendaki menjawab beberapa soalan berkaitan dengan demografi responden.
Skala libert digunakan pada bahagian B untuk memudahkan responden menandakan
jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan.
Bahagian A
Dalam
borang soal selidik, bahagian A mengandungi 7
soalan untuk dijawab oleh responden. Penyelidik mengkaji demografi atau
latar belakang responden seperti jantina
,bangsa , status pelanggan dari aspek penduduk atau peniaga dan pendapatan
bulanan.
Bahagian B
Bahagian
B mempunyai 15 soalan bagi mendapatkan
dan mengenalpasti objektif kajian. Pecahan item terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu:
a.
Kepentingan pasar malam Bandar Baru
Beris Jaya kepada penduduk.
b.
Kesan kewujudan pasar malam Bandar Baru
Beris Jaya kepada penduduk.
Penyelidik
menyediakan item-item soalan dengan menggunakan penyataan Ya/Tidak sebagai
pilihan jawapan untuk memperoleh jawapan
daripada responden. Di bahagian B juga
penyelidik mengetahui sama ada responden adalah pelanggan tetap ataupun tidak.
6.1 Analisis
Bahagian A
Dapatan kajian melalui soal selidik
i.
Taburan penduduk berdasarkan jantina .
Jadual 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan
jantina. Penyelidik mendapati bilangan responden perempuan adalalah sama dengan
responden lelaki. Responden
perempuan sama banyak dengan lelaki dengan bilangan sebanyak 15 orang
daripada 30 orang responden iaitu sebanyak 50%. Manakala responden lelaki
dengan bilangan 15 daripada 30 orang dengan nilai peratusan sebanyak 50%.
ii.
Taburan penduduk berdasarkan bangsa.
Jadual 1
menunjukkan taburan responden berdasarkan bangsa. Dalam analisis ini, penyelidik mendapati
bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang tertinggi yang terdapat di kawasan Bandar
Baru Beris Jaya iaitu seramai 30 daripada 30 orang responden dan mewakili
sebanyak 100%. Manakala bangsa cina dan siam mewakili sebanyak 0%.
iii.
Taburan penduduk berdasarkan pendapatan
bulanan.
Jadual 1
menunjukkan taburan responden berdasarkan pendapatan bulanan. Dalam analisis ini, penyelidik mendapati
bahawa, seramai 18 daripada 30 orang iaitu 60% mempunyai pendapatan bulanan
kurang daripada RM600. Manakala, seramai
7 daripada 30 orang responden iaitu
sebanyak 23.33% mempunyai pendapatan bulanan diantara RM700 hingga RM1000. Seramai seorang daripada 30 orang responden
pula mempunyai pendapatan bulanan diantara RM1100 hingga RM1500 iaitu sebanyak 3.33%. Seterusnya, pendapatan bulanan RM1600 hingga RM2000 pula adalah seramai 2
orang sahaja daripada 30 responden iaitu sebanyak 6.66%. Dan akhir sekali , pendapatan melebihi RM
2000 ialah seramai 2 orang daripada 30 orang iaitu sebanyak 6.66%.
Rajah 4:
jumlah pendapatan responden mengikut peratus
Sumber :
kerja lapangan 2013
6.2 Analisis
Bahagian B
Untuk
mendapatkan maklumat mengenai kepentingan dan kesan perniagaan
pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk , penyelidik
membahagikan item ini kepada dua bahagian :
a.
Kepentingan pasar malam Bandar Baru
Beris Jaya kepada penduduk.
b.
Kesan kewujudan pasar malam Bandar Baru
Beris Jaya kepada penduduk.
Manakala
bagi mendapatkan jawapan responden, penyelidik telah menyediakan pilihan
jawapan sama ada ya ataupun tidak.
6.2.1
KEPENTINGAN
PERNIAGAAN PASAR MALAM DI BANDAR BARU BERIS JAYA
Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan terhadap perniagaan pasar malam kepada penduduk Bandar Baru Beris Jaya terdapat
pelbagai kepentingan daripada perniagaan pasar malam tersebut. Saya mendapati bahawa pembukaan pasar malam
sangat penting kepada penduduk Bandar Baru Beris Jaya. Ini terbukti melalui borang soal selidik yang
telah diedarkan secara rawak kepada penduduk seramai 35 orang. Hampir
orang daripada orang penduduk
mengatakan bahawa pembukaan pasar malam ini penting kepada mereka dan bersetuju
dengan pembukaan pasar malam turut mendatangkan pelbagai kemudahan kepada
mereka. Antara kepentingan perniagaan
pasar malam ialah penduduk dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang
murah tambahan pula tapak perniagaan
pasar malam dekat dengan tempat kediaman mereka. Selain itu pasar malam juga dapat menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk dan dapat
menjimatkan kos penduduk. Akhir sekali
perniagaan pasar malam ini penting kepada penduduk kerana ramai peniaga menjual barangan segar dan berkualiti.
Jadual 2 : Jenis kepentingan
perniagaan pasar malam
Kepentingan
|
Setuju
/ Ya
|
Peratusan
(%)
|
Tidak
Bersetuju / Tidak
|
Peratusan
(%)
|
Mudah
membeli barang keperluan
|
22
|
73.33
|
8
|
26.67
|
Menyediakan
peluang pekerjaan
|
19
|
63.33
|
11
|
36.67
|
Menjimatkan
kos penduduk
|
19
|
63.33
|
11
|
36.67
|
Sumber : Kerja
lapangan 2013
6.2.2
Memudahkan
penduduk membeli barangan segar dan berkualiti
Pasar
malam yang diadakan dikawasan Bandar Baru Beris Jaya mendatangkan pelbagai
kebaikan kepada pendudukan yang merupakan pengguna barang pasar malam. Di tempat inilah penduduk membeli barang
keperluan harian mereka. Pelbagai jenis
barang ada dijual di pasar malam. Dengan
adanya pasar malam ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah ketiadaan masa
untuk ke pasar terutama bagi mereka yang bekerja dari siang sampailah ke
malam. Di pasar malam penduduk setempat
dapat membeli seperti ikan , sayur-sayuran ,
buah-buahan yang masih segar dan pelbagai jenis makanan. Orang ramai berpeluang membeli barangan yang
baik dan bermutu. Penyelidik mendapati seramai 22 orang daripada 30 orang
bersetuju iaitu sebanyak 73.33% manakala 8 orang lagi tidak bersetuju. 8 orang itu mewakili sebanyak 26.67%.
Kesimpulannya , pasar malam dapat memudahkan penduduk untuk membeli barang
keperluan harian mereka yang masih segar dan juga berkualiti.
6.2.3
Peluang
pekerjaan
Perniagaan
pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga
kecil disamping itu juga , ia dapat meningkatkan taraf hidup dan menambah punca
pendapatan penduduk. Sebagai contohnya ,
berniaga menjual air dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga. Daripada temubual yang saya lakukan seorang penjual air minuman iaitu
Nur Syafikah Binti Mohd Fadzil, beliau telah mengupah seorang pekerja yang
terdiri daripada keluarganya untuk membantu beliau menjalankan perniagaan
ini. Beliau merupakan penduduk di Bandar
Baru Beris Jaya yang turut mengambil peluang untuk berniaga justeru menambah
pendapatan beliau sekeluarga. Pasar
malam ini juga memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan
barangan jualan mereka seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya juga dapati terdapat beberapa penjual
yang menjual barangan keluaran mereka sendiri mee goreng , bihun goreng , nasi
ayam , kuih-muih dan lain-lain lagi. Daripada borang soal selidik yang
diedarkan seramai 19 orang daripada 30 orang bersetuju dengan kenyataan ini
iaitu mewakili 63.33%. Manakala seramai
11 orang lain iaitu sebanyak 36.67% tidak bersetuju. Ini dapat dibuktikan lagi
dengan jumlah bilangan gerai yang dibuka di pasar malam Bandar Baru Beris Jaya
mengikut jenis jualan.
Jadual
3 : Bilangan Peniaga Pasar Malam mengikut jenis jualan
Jenis
jualan
|
Bilangan
gerai
|
Barangan
basah (ikan , ayam dan daging )
|
9
|
Barangan
kering ( ikan kering , udang kering dan lain-lain )
|
4
|
Buah-buahan
|
10
|
Sayur-sayuran
|
7
|
Makanan
siap dimasak
|
20
|
Pakaian
|
20
|
Aksesori
|
7
|
Kuih-muih
|
5
|
Kasut
|
6
|
Alat
mainan
|
4
|
Lain-lain
|
15
|
Sumber:
kerja lapangan 2013
6.2.4
Menjimatkan
kos penduduk
Dari pemerhatian
saya juga , saya dapati pasar malam ini
menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke pasar raya besar yang
terletak jauh dari tempat kediaman pembeli seperti Econsave , Aneka dan Tesco. Dengan adanya pasar malam ini
sekurang-kurangnya masa dan kos penduduk sekitar Bandar Baru Beris Jaya dapat dijimatkan. Penduduk sekitar juga boleh
mendapatkan pelbagai barangan murah , segar , dan berkualiti daripada penjual
yang meniaga di pasar malam Bandar Baru Beris Jaya ini. Dari pemerhatian saya juga , saya dapati
pasar malam ini menjual barangan yang segar seperti ikan , sayur-sayuran
kampung yang sukar didapati di Bandar-bandar
besar. Terdapat juga penjual ikan
segar yang menjual barangan segar terus daripada pembekal ikan di Kuala
Kedah,Yan. Melalui borang soal selidik
pula saya dapati barangan yang dijual seperti ikan , daging , makanan dan
pakaian di pasar malam ini dengan harga yang lebih murah berbanding dengan
harga barangan yang sama dipasar raya.
Oleh itu , kemudahan pasar malam ini telah dapat menjimatkan kos
pengguna dan meringankan beban kerana kos sara
hidup bandar sememangnya tinggi.
Data yang diperoleh daripada borang soal selidik iaitu seramai 19 orang
responden daripada 30 orang telah bersetuju dengan kenyataan ini. 19 orang ini
mawakili 63.33%. Selebihnya iaitu
seramai 11 orang ataupun 36.67% tidak
bersetuju dengan kenyataan ini.
6.3
KESAN
PERNIAGAAN PASAR MALAM KEPADA PENDUDUK BANDAR BARU BERIS JAYA
Untuk mengetahui kesan yang dihadapi hasil daripada kewujudan pasar
malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk. Penyelidik membahagikan item
jawapan kepada 2 bahagian iaitu ya ataupun tidak.
Jadual 3 : Kesan Kewujudan Pasar Malam Bandar
Baru Beris Jaya kepada penduduk.
Bil
|
Kesan
Kewujudan Pasar Malam Bandar Baru Beris Jaya
|
Ya
|
%
|
Tidak
|
%
|
1
|
Menyebabkan pencemaran
bunyi
|
18
|
60
|
12
|
40
|
2
|
Menyebabkan pencemaran sampah-sarap
|
18
|
60
|
12
|
40
|
3
|
Menyebabkan kesesakan lalu lintas.
|
19
|
63.33
|
11
|
36.67
|
4
|
Meningkatkan jumlah remaja
melepak
|
18
|
60
|
12
|
40
|
Sumber :
kajian lapangan 2013
Rajah 5:
Kesan Aktiviti perniagaan pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya
Sumber :
Kerja Lapangan 2013
6.3.1
Pencemaran
Bunyi
Pencemaran bunyi
telah diakui satu masalah serius yang mengancam kualiti kehidupan masyarakat
dewasa ini. Pencemaran bunyi juga boleh
ditaksirkan sebagai apa-apa bunyi yang mengganggu , tidak disenangi , dan tidak
diingini oleh pendengar. Sesetengah orang
tidak boleh menerima bunyi yang agak kuat , namun begitu ada juga yang boleh
menerimanya. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada terjadinya pencemaran
bunyi bising. Namun begitu , punca utama
yang menyumbang kepada bunyi bising ialah pengangkutan dan selebihnya adalah
dari aktiviti manusia itu sendiri.
Perniagaan pasar malam di Bandar Baru
Beris Jaya telah mendatangkan bunyi bising. Seramai 18 orang telah bersetuju pencemaran
bunyi terjadi akibat dari kegiatan pasar malam yang diwujudkan. Penyataan ini dapat dibuktikan dari borang soal
selidik yang diedarkan secara rawak kepada penduduk. Walaubagaipun bunyi bising yang terhasil
daripada aktiviti perniagaan ini adalah bersifat sementara. Ini adalah kerana , aktiviti perniagaan ini
hanya berlaku pada hari tertentu sahaja.
Bunyi yang bising itu datang dari bunyi kenderaan , alat generator ,
alat pembesar suara , kanak-kanak menangis , suara-suara penjual dan
sebagainya.
6.3.2
Pencemaran
sampah-sarap
Kebiasaannya
selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar malam ini akan dipenuhi
dengan sampah sarap. Sampah
sarap ini pula menyebabkan bau busuk ekoran dari pembuangan sampah sarap
tersebut. Dalam analisis ini penyelidik mendapati seramai 18
orang daripada 30 orang responden atau 60% sangat bersetuju manakala seramai 12
orang daripada 30 orang respoden atau 40% kurang bersetuju dengan kenyataan
ini. Berdasarkan temubual yang saya
jalankan bersama Encik Mohd Noh pencemaran sampah sarap sering berlaku selepas
habis aktiviti perniagaan. Sampah sarap
yang ditinggalkan peniaga dan pembeliadalah seperti sayur-sayuran yang telah
busuk , plastik makanan , botol minuman , buah-buahan yang telah rosak dan sisa
makanan yang tidak habis dijual.
6.3.3
Kesesakan
lalu lintas
Masalah
kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan
kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan
menyekat kenderaan lain. Kebanyakan
pengujung pasar malam datang dengan menaiki kereta , motosikal , van dan lori. Hasil dari pemerhatian yang
dilakukan oleh penyelidik mendapati bahawa kesan kewujudan perniagaan pasar malam ini telah mendatangkan
masalah kesesakan lalu lintas. Seterusnya,
dengan kewujudan pasar malam ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk ekoran banyak kenderaan. Penyelidik
mendapati bahawa seramai 19 orang daripada 30 orang responden atau 63.33% sangat
setuju manakala seramai 11orang daripada
30 orang responden atau 36.67% tidak bersetuju
bahawa pasar malam ini menyebabkan kesesakan lalu lintas.
6.3.4
Masalah
sosial
Masalah
sosial kian menular dalam masyarakat sekarang terutama golongan remaja. Masalah sosial termasuklah melepak , lumba
haram , dan ada sesetengah remaja melakukan kes jenayah seperti mencuri. Lepak merupakan satu aktiviti membuang masa
secara mundar-mandir dan bersiar-siar tanpa sebarang arah tuju. Pada kebiasaannya ia berlaku dalam
kelompok sekurang-kurangnya dua
orang. Waktu lepak tidak terikat dengan waktu
, baik siang atau malam. Dari borang
soal selidik yang diedarkan seramai 18 orang iaitu 60% bersetuju dengan
kenyataan tersebut. Manakala selebihnya kurang bersetuju.