SINOPSIS
Tajuk
kajian saya ialah kepentingan dan kesan perniagaan pasar malam di Bandar Baru
Beris Jaya kepada penduduk. Objektif yang digunakan ialah kepentingan
perniagaan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk dan kesan yang
timbul dari kegiatan tersebut kepada penduduk setempat. Kedua-dua objektif
dipilih kerana untuk mengkaji dua aspek
tersebut. Selain itu, kajian ini dijalankan di kawasan Bandar Baru Beris Jaya ,
08200 Sik , Kedah. Tambahan lagi ,
kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah melalui soal selidik
kepada 30 orang responden iaitu 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan melalui pemerhatian , soal selidik dan rujukan.
Dalam kajian ini ,saya telah mengenalpasti kepentingan pasar malam
Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk sekitar. Dapatan menunjukkan pasar malam
ini sangat penting sebagai pusat membeli barangan harian seperti ikan ,
sayur-sayuran , buah-buahan , pakaian dan sebagainya. Selain itu, dapat dikenal pasti juga kesan
penubuhan pasar malam tersebut kepada penduduk seperti pencemaran bunyi ,
pencemaran sampah sarap dan masalah
sosial di kalangan remaja. Secara
konklusinya , daripada kerja kursus ini
saya telah mengetahui perniagaan
pasar malam Bandar Baru Beris Jaya sangat penting dan berguna kepada penduduk sekitar
pekan ini.
ISI
KANDUNGAN
Bil Kandungan Halaman
1. 1.0 Perhargaaan 2
2. 2.0 Pengenalan 3
3. 3.0 Objektif
kajian 4
4. 4.0 Lokasi
kajian 5-7
5. 5.0 Kaedah
kajian 8-9
6. 6.0 Dapatan
kajian 10-21
7. 7.0 Rumusan/kesimpulan 22-23
8. 8.0 Rujukan 24
9. 9.0 Lampiran 25-32
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Sebelum pena melakar
kata , sebelum warkah menjadi tinta , terlebih dahulu bersyukur saya ke hadrat
ilahi kerana izin dan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus
ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan dikalungkan kepada pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Sulong iaitu Tuan Haji Othman bin Said kerana telah memberi
kebenaran kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu pengajian am iaitu Puan Norlida
binti Mat Il dan Puan Zahriah binti Mat Taha kerana telah banyak memberi
dorongan dan memberi tunjuk ajar kepada
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Tanpa tunjuk ajar dan dorongan beliau , sudah pasti wujud kepincangan di
dalam proses penyediaan kerja kursus ini.
Penghargaan yang tidak
terhingga juga diucapkan kepada kedua orang tua saya iaitu Senik Bin Isa dan
Asnah Binti Hj. Noordin yang tidak jemu membakar semangat saya untuk terus
menyiapkan kerja kursus ini. Segala
dorongan dan semangat mereka amatlah dihargai.
Tidak dilupakan juga kakak dan abang saya yang turut membantu menyiapkan
tugasan ini. Jasa kalian amat saya
hargai.
Seterusnya ucapan terima kasih kepada 30 orang responden yang telah berbesar
hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian dengan mengisi borang soal selidik yang telah saya
berikan.
Akhir sekali, kalungan
terima kasih kepada sahabat saya iaitu Nur Atikah Binti Mohd Arif , Nurafahah
Bt Azizan , Fatin Bt Mohd Sofian dan rakan-rakan saya yang lain kerana telah
banyak mambantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Begitu
juga dengan individu-individu yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung. Jasa anda saya sentiasa kenang dan hargai.
PENGENALAN
Bagi
melaksanakan tugasan yang diberikan saya telah memilih tema perniagaan. Pemilihan tema berdasarkan kepentingan dan
kesan perniagaan pasar malam kepada penduduk Bandar Baru Beris Jaya , 08200
Sik, Kedah. Tajuk saya ialah kepentingan
dan kesan perniagaan pasar malam kepada penduduk Bandar Baru Beris Jaya ( BBBJ
).
Pasar
malam merupakan satu bentuk aktiviti sampingan yang kian popular di kalangan
masyarakat hari ini. Kewujudan pasar
malam memang telah diketahui umum sejak masyarakat telah mula mengenali
aktiviti perdagangan di masa lampau.
Pasar malam juga dapat didefinisikan sebagai kelompok gerai yang menjual
barang-barang makanan keperluan atau tempat orang berjual beli pada waktu
malam. Perniagaan pasar malam juga
ditakrifkan sebagai aktiviti penjajaan walaupun ianya semi-statik ataupun bermusim.
Perkataan pasar malam diambil kerana ianya dijalankan pada waktu sebelah
malam.
Pasar
malam di Bandar Baru Beris Jaya beroperasi seawal jam 4.00 petang dan berakhir
hingga 12.00 malam. Pasar malam hanya
dibuka sekali dalam seminggu iaitu hanya pada hari rabu kerana peniaga
berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Ia telah
menjadi satu rutin bagi penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan mereka.
Kewujudan
pasar malam adalah disebabkan terdapatnya penawaran dan permintaan daripada
pihak peniaga pasar malam yang memberi peluang kepada mereka untuk menambah
pendapatan dan bagi pembeli pula pasar
malam dapat membantu mereka memperolehi pelbagai keperluan harian dengan harga
yang murah.
Antara
barang keperluan ialah barangan dapur ( barang kering dan barang basah ) ,
pakaian , buah-buahan , makanan , minuman , dan beberapa barangan lain. Barangan lain seperti permainan , perkakasan
, buku , baju , dan sebagainya ada dijual.
Ia menarik banyak orang untuk mengunjunginya kerana harga barangan yang
berpatutan.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian
ini bertajuk kepentingan dan kesan perniagaan pasar malam kepada penduduk di
Bandar Baru Beris Jaya . Untuk memulakan
kajian ini beberapa objektif telah dimulakan terlebih dahulu. Objektif ini
diwujudkan supaya pengkaji mempunyai garis panduan untuk melaksanakan dan
mencapai matlamat kajian di akhir kajian nanti. Dengan itu, pengkaji akan
memperoleh dapatan kajian berpandukan objektif yang telah disenaraikan. Berikut
adalah objektif kajian tersebut:
1. Mengenal
pasti kepentingan pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk.
2. Mengenal
pasti kesan kewujudan pasar malam kepada penduduk.
LOKASI KAJIAN
Sebagai
lokasi kajian , saya telah memilih kawasan Bandar Baru Beris Jaya ( BBBJ ) yang
terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sik dan 5 kilometer dari Pekan
Jeniang. Bandar Baru Beris Jaya
merupakan sebuah Bandar terancang yang telah didirikan pada sekitar tahun 2002. Dengan kapasiti kira-kira 600 buah rumah tempat
ini juga turut didirikan beberapa kemudahan asas seperti sekolah , mini stadium
, stesen bas , medan selera , klinik , balai polis , masjid dan lain-lain lagi .
Lokasi
pasar malam mini terletak di tapak stesen bas yang bersebelahan dengan Sekolah
Bandar Baru Beris Jaya , Sik Kedah.
Pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya dikunjungi oleh penduduk Pekan
Batu Lima , Sungai Pau , Teloi Tua , dan kebanyakan penduduk yang tinggal di
kampung bersebelahan.
Peta:
Peta 1 : Peta Daerah Negeri Kedah
Sumber : Laman Portal Negeri Kedah
Peta
2 : Kawasan Sik
Sumber
: Google Map
Peta
4 : Kawasan Bandar Baru Beris Jaya
Sumber
: Google Map
Peta
4 : Tapak pasar malam Bandar Baru Beris
Jaya
Sumber
: Google Map
KAEDAH
KAJIAN
Saya
telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan
benar dikawasan kajian saya. Antara
kaedah yang digunakan ialah pemerhatian , soal selidik , dan rujukan .
·
Pemerhatian
Menurut Kerlinger
(1973), terdapat beberapa kategori
pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, pasar tafsiran
pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta persampelam tingkah laku.
Kategori-kategori tesebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu
diperhati dan direkodkan. Lokasi kerja
kursus kajian saya
ialah Pasar Malam
di Bandar Baru Beris Jaya. Melalui
pemerhatian yang saya
lakukan adalah saya
telah pergi melawat
ke tapak pasar
malam bagi memantau
cara perniagaan itu dijalankan
dan memahami aktiviti
perniagaan runcit pasar
malam. Selain itu , saya melihat dan mengetahui cara proses
pembelian berlaku diantara
penjual dan pembeli.
Menurut pemerhatian saya , aktiviti
perniagaan pasar malam
ini berlaku dengan sistematik
walaupun tiada pengkhususan kerja yang
dijalankan. Hal ini terbukti apabila
peniaga-peniaga akan
membayar sewa tapak. Ini jelas
mengambar kan walaupun tiada
pengkhusuhan kerja, para peniaga dapat mematuhi prosuder
yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa. Saya turut dapat
melihat bagaimana proses jual beli
di antara peniaga dan
pembeli. Proses jual beli
berlaku seperti biasa seperti
di kedai- kedai runcit yang
membezakannya cuma peniaga
pasar malam tidak menggunkan mesin pengira wang dan resit
pembelian. Saya
telah menjalankan pemerhatian pada setiap hari rabu bermula 23 januari hingga 6
februari. Saya telah membat pemerhatian
pada jam 4.00 petang sehingga 12.00 malam.
·
Soal
selidik :
Selain itu , saya juga
menggunakan kaedah soal selidik kepada penduduk Bandar Baru Beris Jaya untuk
mendapatkan maklumat. Saya menyediakan
soalan untuk diberikan kepada penduduk yang pergi ke pasar malam bagi memudahkan
saya untuk mengumpul maklumat dalam
kajian ini. Borang soal selidik
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A,B dan C. Sampel yang
dipilih terdiri daripada 30 orang
pelanggan pasar malam. Pelbagai soalan
telah diajukan oleh
saya melalui borang
selidik yang telah
saya berikan untuk
mendapatkan responden dari
pihak mereka. Oleh
itu, mereka adalah
responden dan informan dalam penyelidikan kerja kursus saya. Saya
telah mendapat banyak
maklumat dari kaedah
ini.
·
Rujukan
:
Antara
rujukan yang digunakan ialah daripada laman sesawang , buku rujukan , majalah ,
orang sumber dan manual
pelajar pengajian am. Hasil daripada rujukan saya melalui
laman sesawang (internet) , saya
memperoleh data-data dan
maklumat penting berkaitan dengan kerja
kursus seperti definisi
pasar malam , sejarah
lokasi dan mencari peta lokasi
kajian. Melalui buku ilmiah dan
dan majalah , saya memperolehi
serba sedikit berkaitan
dengan kajian. Manakala orang sumber turut menjadi responden
sebagai pemberi maklumat. Saya turut menggunakan
buku manual pelajar
pengajian am untuk membantu
saya dalam melaksanakan kerja kursus ini
mengikut prosedur yang
jelas dinyatakan.
sambung.....klik dapatan kajian
·
Temu
bual :
Seterusnya, saya mengambil peluang
menemubual beberapa orang
peniaga Pasar Malam Bandar Baru
Baru Beris Jaya bagi mengetahui proses aktivti
perniagaan yang mereka
jalankan. Terdapat pelbagai jenis jualan yang terdapat
disini. Antaranya ialah perniagaan menjual pakaian , menjual makanan
dan minuman , menjual aksesori
wanita dan lelaki , menjual barangan
dapur basah dan
kering serta menjual
buah- buahan. Pertemuan saya
bermula dengan Mohd Noh iaitu Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) Bandar Baru Beris Jaya yang turut memanfaatkan pasar malam di Bandar
Baru Beris Jaya dengan menolong isterinya menjual makanan seperti laksa , bihun
sup dan kuih-muih untuk menambah pendapatan sampingan. Ini membuktikan perniagaan pasar malam dapat
menjana pendapatan penduduk dengan cara meniaga di pasar malam.
sambung.....klik dapatan kajian
hemm hai kak suzana . boleh tak bantu saya cara nak tulis metodologi kajian
BalasPadamMetodologi tu kaedah kajian kan?
PadamAKAK saya nak tanyer
Padammin nak masukkan time bila
-dapatan 2 kena cerita satu ker kak berdasarkan soalan soal selidik
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamboleh bantu saya cara nak tulis pengenalan mengenai permasalahan perkhidmatan pos
BalasPadamboleh ka guna dua kaedah iaitu temu bual untuk objektif yang pertama dan soal selidik guna untuk objektif yang kedua???????????????? tolong beri respon yaa
BalasPadamboleh je
Padam